Profil Syarikat



Himira Enterprise ditubuhkan pada pertengahan tahun 2011 sebagai menyahut seruan kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai bumiputera terlibat di dalam perniagaan.

Himira Enterprise dimiliki oleh Encik Rahman dan dibantu oleh Encik Rahim sebagai pegawai pemasaran. Buat masa sekarang, Himira Enterprise terlibat di dalam perkhidmatan pencetakan seperti pencetakan kad nama, kad ID, cenderamata korporat dan penyediaan tempahan blog/website. Himira Enterprise turut menerima tempahan banner animasi atau banner iklan untuk blog atau website.

Himira Enterprise bercadang mengembangkan perniagaan dengan menyediakan perkhidmatan mencetak kad kahwin untuk bakal pengantin dan perkhidmatan pencetakan kepada syarikat-syarikat.

Himira Enterprise menjalankan aktiviti perniagaan secara SOHO dan online. Sekiranya tiada masalah, Himira Enterprise akan membuka kedainya pada pertengahan 2012.